Mulakan Dengan Ceria

Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .

Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.

Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.

Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!

Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya? Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”

Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah. Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!

Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”

Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”

Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya. Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita. Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.

Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!

Sumber : Genta Rasa

Tenaga yang Terganggu

“Hei, kenapa aku rasa lemah ha kebelakangan ni? Belajar malas, bangkit Subuh pun lewat, rasa nak baca Al-Quran pun kurang. Kenapa ha?”

Soalan yang kalau pun tak keluar dari mulut kawan anda kepada anda, atau anda kepada kawan anda, soalan ini akan keluar daripada diri anda kepada diri anda sendiri. Benar atau tidak?

Ya. Kenapa tiba-tiba lemah datang. Seakan mendodoi tubuh untuk berhenti. Cukup-cukuplah, seakan itu yang berbunyi. Kadangkala, ada yang lebih menakutkan.Tidak berbunyi apa-apa. Tiba-tiba sahaja sudah berada dalam keadaan lemah.

Mengapa dan mengapa?

Dan bagaimana pula hendak membasminya?
Konsep tenaga dan sumbernya

Kita memahami bahawa, bumi ini menerima tenaga daripada matahari. Ya, tenaga ada sumbernya. Begitu juga tenaga elektrik, sumbernya daripada loji janakuasa mungkin. Kalau loji janakuasa diletupkan, semestinya elektrik akan hilang dari gapaian. Kalau matahari malap, aha, masa itu tandanya adalah kiamat.

Begitulah juga sebenarnya kekuatan kita. Bukan saya hendak bincangkan kekuatan maddi(material) yang mana kalau muscle anda tak kuat, tandanya anda kurang bersenam, atau sekiranya anda lemah-lemah badan tandanya anda tidak cukup gizi seimbang dan sebagainya. Saya hendak cakap berkenaan kekuatan maknawi, yakni kekuatan yang tidak mampu kita nampak, tetapi kita mampu rasa. Yang tak mampu dibina dengan semata-mata gerak kerja fizikal. Kekuatan yang akan mengepam ruh kita dengan tenaga untuk bekerja sebagai hambaNya.

Kekuatan itu, ada sumbernya.

Sumbernya adalah Allah SWT. Ya. Dan yang mampu menyalurkan kekuatan kepada kita, adalah hubungan kita dengan Allah SWT.

Punca kelemahan

Ada beberapa punca kelemahan.

1 – Dosa.

2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.

3 – Mendatar dan tidak melakukan peningkatan serta penjagaan.

Ya. Mari kita perhatikan satu persatu akan tiga hal di atas.

1 – Dosa.

Dosa adalah hijab antara kita dengan Allah SWT. Sebab sebenarnya, antara dua perkara yang tidak akan bersatu dalam satu masa adalah Cintakan Allah, dan Cintakan Keingkaran kepadaNya. Justeru, dosa menganggu hubungan kita dengan Allah SWT.

Bila jalan kepada sumber tenaga kita terganggu, semestinya tenaga tidak akan tersalur dengan baik kepada kita, bukan?

Sebab itu kita perasan, bila kita banyak melakukan dosa, hatta yang kita sangka ringan sekalipun, itu semua akan melemahkan kita untuk mendekatiNya. Kita akan jadi semakin malas, semakin penat, semakin lelah. Lama kelamaan, sekiranya kita tidak hentikan, dan lawan dengan mengeraskan diri menambah kebaikan, kita akan tewas, terjerumus ke lembah kehinaan.

2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.

Ya, ada orang tu niat asal dia dah cantik dah. Buat ini kerana Allah. Nak dapat redha Allah SWT. Namun akhirnya, bila di tengah-tengah perjalanan, dia diuji dengan kejelasan matlamatnya. Mungkin ada orang puji dia soleh, mungkin ada orang tercinta nak dia berjaya dalam peperiksaan, mungkin ada ‘ism’ lain yang akhirnya menyebabkan dia menukar haluan matlamatnya.

“Aku beribadah ni, nak impress dia lah.”

“Dapat markah cemerlang, sah-sah orang puji dan pandang tinggi.”

Ya, ini semua akan melemahkan anda. Perlahan-lahan menghakis tenaga dalaman anda. Sebab hubungan kita dengan Allah SWT ketika itu telah terganggu. Maka tenaga yang tersalur kepada kita juga akan terganggu.

Nak bekerja keras tatkala tidak dilihat orang, akan jadi sangat sukar.

“Alah, bukan ada sesiapa tengok.” Dan kita akan terus jatuh dan jatuh.

3 – Mendatar dan tidak peningkatan serta penjagaan.

Kumpulan ini kumpulan asalnya yang bagus. Tetapi masalahnya, mendatar. Tiada peningkatan. Hari-hari baca Al-Quran 10 mukasurat, tanpa buat penambahan, atau kreatifkan lagi suasana pembacaan Al-Quran. Hari-hari Solat Subuh di Masjid yang sama, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana Solat Subuhnya. Hari-hari studi sendiri, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana studinya.

Lama-kelamaan, bosan menerjah. Dan perlahan-lahan semangat mengendur. Lalu jatuh dan tidak lagi istiqomah.

Ya, mendatar itu sebenarnya bukan satu istiqomah. Mendatar hanya akan membawa kepada kehancuran. Istiqomah walaupun secara literalnya bermaksud berterusan, tetapi secara konseptualnya istiqomah bererti meningkat sedikit demi sedikit dalam keadaan berterusan.

Penyelesaian

Melihat kepada permasalahan, saya yakin kita sudah dapat menjangka penyelesaiannya.

1 – Kurangkan dosa. Padamkan terus jika mampu. Kurangkan dosa ini, tak berfungsi kalau tak disertai dengan banyakkan beribadah. Ada orang, dia tak nak buat dosa, dia pergi tidur. Ini tindakan yang hanya separuh bijak sahaja. Sebab, tidur tak memberikan dia apa-apa. Buat kebaikan seiring dengan meninggalkan dosa. InsyaAllah kekuatan akan bertambah dan diri akan jadi lebih bersemangat. Ya la, laluan tenaga dari sumbernya tak terganggu. Semestinya bertenaga!

2 – Jaga niat. Sentiasa perbaharui. Rajin-rajin muhasabah. Ya, ini penting. Ramai orang kadang-kadang tak tersedar yang dia dah tersasar dari niat dia yang sebenar. Salah niat ni, ala-ala salah masuk lorong la. Nak pergi rumah Pak Samad, masuk lorong pergi rumah Mak Senah. Memang pergi rumah Mak Senah la jawabnya. Kemudian kena selalu minta kawan-kawan tolong peringatkan diri. Kadang-kadang kita ni lupa diri.

3 – Bab mendatar ni, sebenarnya kita kena belajar meningkat. Kalau selama ini baca Al-Quran 10 muka surat, kita cuba la sedikit demi sedikit tambah. Kemudian, kalau rasa banyak sangat(ya la, sampai satu hari tu, dah satu juzu’ baca.) mungkin kita boleh kreatifkan dengan baca maknanya sekali ke. Boleh juga kreatifkan lagi dengan tukar jadi tadarus bersama rakan-rakan sambil betulkan tajwid. Benda-benda ini membakar lagi semangat kita untuk terus berada dalam kebaikan, mendapat tenaga daripada Allah SWT. Studi pun sama. Kreatifkan. Dari terperuk dalam bilik, cuba studi di library, cuba studi bersama rakan. Dari studi tak ada jadual, cuba berjadual dan sebagainya. Solat Subuh, kalau selama ini sekadar Solat Subuh sahaja, apa kata tambah dua rakaat sunat sebelum Subuh. Apa kata tambah Al-Mathurat selepas Subuh. Penambahan yang saya maksudkan, begitulah. Bukannya pergi tambah dua rakaat Subuh jadi empat. Hem…

Penutup: Tenaga akan tersalur semula

Bila selesai benda-benda ini, tenaga akan tersalur semula kepada kita. Kekuatan akan kembali hadir. Dan kita akan kembali bersemangat.

Hakikatnya, apa yang kita bincangkan di dalam artikel ini bukan terikat hanya kepada beberapa contoh yang saya beri. Benda ini boleh juga berjalan kepada penulisan blog, kepada gerak kerja organisasi dan sebagainya.

Pokok pangkalnya, mari kita lihat semula hubungan kita dengan Allah SWT, dan memerhatikan keseriusan kita dalam meningkatkan diri dan kualiti amal kita.

Semoga dengan itu, kita akan terus bersemangat, bertenaga, dan meningkat dalam menjadi hamba Allah SWT.

Mari Menjadi Hamba!

Sumber : Hilal Asyraf

Fakta Kimia Dalam Al-Quran

Selain tentang tauhid, hukum-hukum, dan kisah-kisah, Al-qur’an menyimpan banyak hal menarik di dalamnya. Dari bukti-bukti empiris tentang kebenaran al-Quran, masih banyak rahsia-rahsia dalam al-Quran yang mungkin belum boleh diselesaikan. Ramalan tentang beberapa kejadian di masa depan termaktub dalam al-Quran. Hal ini termasuk fakta-fakta sains dalam al-Quran yang memperkuat kenyataan bahawa al-Qur’an benar-benar dicipta oleh sesuatu yang Maha Hebat dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu iaitu Allah SWT.

Banyak saintis-saintis muslim yang telah menunjukkan fakta-fakta ilmiah yang sesuai dengan ayat-ayat al-Quran. Harun Yahya adalah salah seorang yang masyhur mengungkap rahsia al-Quran tentang sains baik tentang astronomi, embriologi, geologi, fizik, biologi, dan lain-lain.
Masih banyak fakta menarik tentang kimia yang belum disentuh Harun Yahya dalam penulisannya. Yang mashur tentang kimia dalam Al-qur’an adalah mengenai firman Allah tentang besi dalam surat Al-Hadid. Al-Hadid merupakan surat ke-57 dalam al-Quran yang merupakan surat pertengahan dari keseluruhan surat (114 surat).

“Barang siapa yang membaca surat Al-Hadid, Al-waqiah, dan Ar-Rahman maka dia akan dipanggil sebagai penghuni syurga firdaus” (Al-hadis). Hadis ini saya ambil dari kitab Fadhilah Qur’an yang dikarang syaikhul hadis Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah.a., seorang hafidz, ulama, dan ahli hadis.

Fakta 1 : Besi

Allah SWT berfiman: “… Dan Kami ciptakan besi ….” (QS. Al-Hadid, 57:25)
Allah SWT menggunakan kata “anzalnaa” yang bererti “kami telah turunkan”. Mereka menuliskannya dengan “ciptakan” sebagaimana tertulis di atas. Allah SWT tidak menggunakan kata “khalaqna” yang bererti “kami telah ciptakan”. Penemuan astronomi moden telah mengungkap bahawa logam besi yang ditemui di bumi kita berasal dari bintang-bintang besar di angkasa luar.
Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang besar. Sistem suria kita tidak mempunyai struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara sendiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjat. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meletup melalui peristiwa yang disebut “nova” atau “supernova”. Akibat dari letupan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa. Hal ini yang dahulu pernah juga sempat dikatakan oleh Neil Amstrong.
Semua ini menunjukkan bahawa logam besi tidak terbentuk di bumi melainkan dari bintang-bintang yang meletup di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan “diturunkan ke bumi”, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut. Jelaslah bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara ilmiah pada abad ke-7 ketika Al-Quran diturunkan.

Istilah besi oleh Orang Inggeris disebut sebagai “iron”, oleh Orang Arab disebut dengan “hadid”, Orang Francis menyebutnya “fer” dan Orang Sepanyol “hierro”. Supaya tidak ada percanggahan, maka telah disepakati bahawa dunia sains menamakan besi dengan “Ferrum” (Fe) dari bahasa latin. Dan hal ini berlaku untuk semua nama atom, semuanya diambil dari bahasa latin (bahasa amerika selatan).
Apakah rahsia dibalik keputusan Allah SWT dalam memberi nama salah satu surat di Al-qur’an dengan memakai satu nama atom atau logam dalam sistem berkala unsur. Kita akan sedikit memabahasnya.

Fakta 2: Isotop Besi

Besi mempunyai 8 isotop iaitu:

  • 52Fe Waktu Paruh 8.3 jam
  • 54Fe Stabil
  • 55Fe Waktu Paruh 2.7 tahun
  • 56Fe Stabil
  • 57Fe Stabil
  • 58Fe Stabil
  • 59Fe Waktu Paruh 54.5 hari
  • 60Fe Waktu Paruh 1.500.000 tahun

Al-Hadid adalah surat ke-57 dalam al-Quran. Fe-57 adalah salah satu dari 4 isotop besi yang stabil. Ini bukanlah kebetulan. Nombor surat ini dirancang oleh Allah yang Maha Mengetahui.

Fakta 3: Tenaga pengionan

Tenaga ini diperlukan oleh suatu atom untuk menjadi ion. Fe khususnya dapat berbentuk ion Fe2 + (ferro) dan Fe3 + (ferri). Tahukah anda, tubuh kita hanya menggunakan Fe2 + (ferro) dari makanan. Besi jenis Ferro inilah yang bayak terkandung dalam makanan seperti daging-daging  dan bayam, termasuk ubat-ubatan suplemen penambah zat besi seperti Sangobion, sulfaferosus, dan lain-lain. Kata ahli gizi, sebaiknya sayur bayam jangan dibiarkan lebih dari semalam, ianya tidak bagus untuk dimakan. Tetapi jarang di antara kita yang mengetahui alasannya. Ternyata, dalam masa beberapa jam ferro akan segera berubah menjadi ferri. Ferri di dalam tubuh adalah sampah, tubuh badan kita tidak mahu mengambilnya kerana sifatnya sudah berubah. Sama halnya jika besi sudah berubah menjadi karat, berubahlah sifatnya.
Perubahan Fe2 + (ferro) menjadi Fe3 + (ferri) ini menghasilkan tenaga ion sebanyak 2957 kJ mol-1. 29 adalah jumlah seluruh ayat pada surah al-hadid. 57 adalah nombor suratnya. Allahuakbar!

Fakta 4 : Penjumlahan Massa Seluruh Isotop

Besi mempunyai 8 isotop (kembaran) iaitu 52Fe, 54Fe, 55Fe, 56Fe, 57Fe, 58Fe, 59Fe, 60Fe. Jika seluruh massanya dijumlahkan maka 52 +54 +55 +56 +57 +58 +59 +60 = 451. Kata “besi” ada pada surat ke-57 dan ayat ke-25. Jumlah kata dalam surah al-Hadid dari ayat 1 sampai dengan 25 adalah 451!

Fakta 5 : Jumlah Perkataan dalam surah Al-Hadid

Jumlah kata dalam al-hadid adalah 574. 57 adalah nombor surah al-hadid dan 4 adalah jumlah isotop besi yang stabil.
Jika ada yang lebih teliti lagi, mungkin akan terjumpa dengan fakta yang lebih banyak lagi.

Beberapa Fakta Menarik dalam Dunia Kimia

Ini adalah kumpulan dari beberapa fakta menarik dunia kimia yang saya dapatkan dari pelbagai sumber.

1. Pada keadaan asal, kafein adalah serbuk pahit yang berwarna putih.

2. Helium adalah unsur kimia yang titik leburnya yang rendah.

3. Hidrogen adalah unsur terbanyak dalam alam semesta.

4. Nitrogen adalah unsur penyusun atmosfera Bumi yang paling banyak.

5. Air raksa adalah satu-satunya unsur logam yang wujud cair pada suhu bilik.

6. Apabila gas kentut, akan menghasilkan nyala api yang berwarna biru.

7. 20% gas oksigen di dunia dihasilkan oleh hutan Amazon.

8. Sengatan lebah bersifat asam, sedangkan sengatan tawon bersifat basa. Jadi, untuk mengubati racun yang disengat oleh salah satu dari mereka memerlukan jenis ubat yang berbeza.

9. Satu-satunya huruf yang tidak terdapat dalam Jadual Unsur berkala adalah “J”.

10. Astatin adalah unsur terlangka di Bumi.

11. Galium adalah logam yang akan mencair jika anda menggenggamnya kerana titik leburnya yang sangat rendah (29,76 C).

12. Air adalah satu-satunya sebatian di Bumi yang secara semula jadi terdapat dalam 3 wujud berbeza (ais, air, wap air).

Panduan Menjawab Kertas Peperiksaan Kimia

Kertas 1 (Objektif)

  • Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
  • Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
  • Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.

Kertas 2 (Struktur)

  • Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab.
  • Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
  • Cadangan penggunaan masa – 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.

Kertas 2 (Esei)

  • Baca semua soalan dengan teliti.
  • Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak.
  • Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
  • Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
  • Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
  • Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.

Kertas 3

  • Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
  • Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis harus dikuasai.
  • Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
  • Buat latihan melukis graf.
  • Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
  • Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.

Contoh:
(i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen
(ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
(iii) Bahan dan radas
(iv) Prosedur
(v) Penjadualan data

Teknik Pembelajaran Berkesan

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan – Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh – Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas – Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas – Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas – Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas – Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas – Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas – Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas – Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas – Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan belas – Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh – Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu – Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Kucing pun rajin belajar.. ^_^

Kunci Kejayaan

oleh: Dr. Fadhilah Kamsah



1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.

http://www.tipspeperiksaan.info/

Teknologi Pendidikan

    Pada zaman yang penuh dengan kemajuan ini para ahli pendidikan berusaha untuk meningkatkan mengajar itu menjadi suatu ilmu atau science. Melalui metode mengajar yang ilmiah diharapkan, proses belajar mengajar itu lebih terjamin keberhasilannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh teknologi pendidikan.

    Dalam teknologi pendidikan itu memberi pendekatan yang sistematis dan kritis tentang proses belajar mengajar. Teknologi pendidikan memandangnya sebagai suatu masalah yang harus dihadapi secara rasional dengan menerapkan metode problem solving. Mutu pendidikan itu banyak bergantung pada mutu guru dalam membimbing proses belajar mengajar. Disamping itu perkembangan teknologi pendidikan didukung oleh perkembangan yang pesat dalam media komunikasi seperti radio, TV, computer,dan lainnya yang dapat dimanfaatkan bagi tujuan intruksional.

APAKAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN?

    Teknologi pendidikan dalam istilah bahasa Inggris disebut dengan “instructional technology” atau “Education technology”. Pendidikan semacam ini yang diutamakan ialah media komunikasi yang berkembang secara pesat sekali yang dapat dimanfaatkan dalam pendidikan. Alat-alat teknologi ini lazim disebut “hardware” antara lain berupa TV, radio, video, tape, computer, dan lain-lain. Selain dari itu pendidikan juga menggunakan teknologi yang disebut dengan “software” antara lain menganalisis dan mendesain urutanatau langkah-langkahbelajar berdasarkan tujuan yang ingin dicapai dengan metode penyajian yang serasi dan penilaian keberhasilannya.

Ada beberapa pengertian mengenai teknologi pendidikan yaitu antara lain :

– Merupakan pengembangan, penerapan dan penilaian sistem-sistem, teknik dan alat Bantu untuk memperbaiki dan meningkatkan proses belajar siswa.

– Yaitu pemikiran yang sistematis dan kritis tentang pendidikan.

– Menurut Webster Dictionary mengatakan bahwa teknologi pendidikan yaitu sebagai pegangan atau pelaksanaan pendidikan secara sistematis, menurut system tertentu yang akan dijelaskan kemudian.

TOKOH – TOKOH DALAM PENGEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Ada sejumlah tokoh yang berusaha mempelajari soal belajar secara sistematik.

Edward L. Thordike (1874-1949) menghasilkan sejumlah ” hukum” belar, diantaranya ” law of effect”. Menurut hukum ini belajar akan lebih berhasil bila respon murid terhadap suatu stimulus segera disertai oleh rasa senang atau rasa puas merupakan pujian atau hadiah, yang disebut “reinforcement” Reinforcement ini memperkuat hubungan antara stimulus dengan respons sehingga hasil belajar lebih permanent.

Sidney L. Pressey, menyusun program yang terdiri atas serentetan tugas-tugas yang disebutnya “software” dan disamping itu suatu alat ya’ni ” teaching machine”sebagai ”hardware” ia menggunakan test obyektif dengan lembar jawaban yang dapat diperiksa sendiri secara otomatis.

Ivan Pavlov (1849-1936) mengadakan percobaan dengan anjing untuk mempelajari proses belajar secara ilmiah. Proses belajar yang diselidikinya adalah“Conditioning” anjing yang mula-mula mengeluarkan air liur, bila disodorkan makanan (S1) akan keluar air liurnya bila misalnya dibunyikan lonceng (S2) yang semula disodorkan bersamaan dengan makanan dan kemudian ditiadakan.

Diantara ilmuan dalam bidang proses yang paling berpengaruh terhadap perkembangan teknologi pendidikan ialah B.F. Skinner. Ia banyak melakukan eksperimin dengan binatang diantaranya yang paling terkenal dengan burung merpati untuk mempelajari cara mengubah ketakutan binatang itu. Ia memberika stimulus tertentu dan segera memperkuat atau me-reinporce (respon yang diinginkan dengan memberi makanan sampai bentuk kelakuan itu mantap. Kemudian “reinporciment” itu berangsur – angsur dapat dikurangi untuk mempertahankan bentuk kelakuan yang telah dipelajari itu agar jangan lenyap atau dilupakan.

Noman C. Crowder mengadakan fariasi dalam pelajaran berprogram untuk memperhatikan perbedaan individual dengan mengembangkan “branching program”program bercabang. Disini langka-langkah lebih besar daripada dalam program linear diikuti oleh jawaban berganda. Seteh memilih salah suatu jawban, murid itu suruh men-chek jawaban pada halaman yang ditunjuk. Bila jawaban tersebut benar diberi keterangan apa sebab jawaban itu benar dan disuruh melanjutkan. Bila mana jawaban itu salah diberi keterangan kenapa jawaban itu salah dan murid disuruh kembali kesoal itu atau dialihkan pada soal yang lainnya.

Gordon Psak menggunakan computer dalam pelajaran beprograma. Computer lebih mampu untuk menyesuaikan program dengan kecepatan pelajar, baik yang cepat maupun yang lambat.

DASAR PEMIKIRAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Tujuan pendidikan ialah mengubah kelakuan si anak didik, iaitu caranya berfikir merasa, berbuat. Kurikulum disusun untuk mendorong anak berkembang ke arah tujuan itu. Sudah selayaknya si pendidik maupun anak didik harus tau apa yang harus dicapai. Arti tegasnya harus diketahui dengan jelas apa yang harus dilakukan oleh murid sebagai hasil pelajaran yang tidak dapat dilakukannya sebelum ia mempelajarinya. Bia tujuan itu tak dapat dicapai maka ada kekurangan dalam proses belajar mengajar.dengan pendekatan teknologi pendidikan kita dapat menggunakan metode ilmiah untuk menguji cobakan hipotesis tentang cara yang paling efektif guna untuk mencapai suatu tujuan yang ditentukannya. Usaha ini tidak berbeda dengan metode pemecahan masalah (method of problem solving) yang dilakukan dalam bidang ilmu lainnya.

Ada beberapa langkah – langkah yang diikuti dalam metode teknologi pendidikan adalah :

1. Merumuskan tujuan yang jelas yang harus dicapai yang dapat dipandang sebagai masalah

2. Menyajikan pelajaran menurut cara yang dianggap serasi yang kita pandang sebagai “hipotesis” yang perlu ditest.

3. Menilai hasil pelajaran untuk menguji hipotesis itu.

4. mencari perbaikan andaikan hasilnya belum memenuhi syarat atau standard yang ditentukan dan melangsungkan percobaan dengan cara lain sampai tercapai apa yang diharapkan.

   Teknologi pendidikan mengharuskan guru merumuskan tujuan yang jelas, memikirkan metode yang dianggapnya paling efektif untuk mencapai tujuan itu. Tujuan yang jelas merupakan pegangan untuk memilih metode yang tepat. Banyak guru yang masuk kelas tanpa mengetahui dengan jelas apa yang ingin dicapainya dalam jam pelajaran itu. Tiadanya tujuan yang jelas maka kita tak akan tahu kemana kita akan pergi dan apakah kita akan sampai ke tempat yang kita harapkan.

Teknologi pendidikan menuntut agar diadakan penilaian yang segera tentang apa yang telah dipelajari.penilaian tersebut memberikan keterangan tentang prestasi anak dan sekaligus tentang keampuhan metode penyajian guru.

Fungsi penilaian itu sebagai :

  1. Alat mengukur hasil belajar murid
  2. Alat sebagai guru untuk menilai efektifnya mengajar
  3. Titik tolak untuk memperbaiki prestasi anak dengan menganalisis kesalahan-kesalahan yang mereka perbuat serta memperbaiki metodenya mengajar.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN PENINGKATAN PROFESION GURU

   Teknologi pendidikan masih merupakan pendekatan yang terbuka bagi berbagai-bagai pendirian. Namun teknologi tidak merupakan kunci kea rah sukses yang pasti dalam pendidikan. Akan tetapi teknologi pendidikan menunjukkan suatu prosedur atau metodologi yang dapat ditetapkan dalam pendidikan. Teknologi pendidikanadalah suatu teori yang mempunyai sejumlah hipotesis. Teknologi pendidikan juga dipandang sebagai suatu gerakan dalam pendidikan yang diikuti oleh guru – guru yang merasakan bahwa mengajar hingga kini masih dilakukan secara sembrono, asal – asalan saja, tanpa dasar yang kokoh, menurut selera masing – masing. Maka teknologi pendidikan merupakan usaha yang sungguh – sungguh untuk memperbaiki metode mengajar dengan menggunakan prinsip – prinsip ilmiah yang membuktikan keberhasilan dalam bidang – bidang lain.

KESIMPULAN

Dari berbagai pengertian di atas dapatlah ditarik suatu kesimpulan :

1. Teknologi pendidikan adalah sebagai media yang lahir dari perkembangan alat komunikasi yang digunakan untuk tujuan pendidikan. Alat-alat itu lazim disebut “hardware”.

2. Ada yang menafsirkan teknologi pendidikan sebagai suatu pendekatan yang ilmiah kritis, dan sistematis tentang pendidikan. Penerapan ini mengutamakan “soft ware”, tanpa alat pendidikan dapat berjalan. Sebaliknya “hardware” tak dapat berguna tanpa penerapan “soft ware”

3. Jadi, pendidikan ini merupakan suatu ekspresi dari gerakan ilmiah yang telah dirintis sejak priode Aristotles dan bergerak terus melalui Wundt, Pavlov, Thorndike, Skinner dan lain-lain.

4. Belajar berprograma yang diciptakan oleh B.F. Skinner banyak mendorong kea rah perkembangan teknologi pendidikan.

5. Teknologi pendidikan mengajak guru untuk bersikap problematic terhadap proses belajar-mengajar dan memandang tiap metode mengajar sebagai hipotesis yang harus diuji efektivitasnya. Dengan demikian teknologi pendidikanmendorong profesi keguruan untuk berkembang menjadi suatu “science”. Namun pekerjaan guru selalu mengandung “seni”

Sumber: Prof. Dr. S. Nasution. MA. Teknologi Pendidikan

Penerbit: Temmars Bandung tahun 1982

Hello world!

Hi everyone.. This is the second time having my own blog which this blog is more focusing on my course, GGGE2153  Educational Technology. An objective of this blog is to give a knowledge to the student and other peoples about the General Concept of Chemistry Form 4 and to share some tips on studying management which can give us motivation to become more succeed in our campus life. I hope that everyone enjoy reading my posts in this blog and will get some benefit from your reading.

Thanks for your time. Have a nice day.(^_^)